Lingkaran gelap bawah mata atau dark circle memang dibenci oleh wanita.
Bagi ibu-ibu pula, dark circle sememangnya kawan baik apabila terpaksa berjaga malam untuk jaga anak kecil.
“Bagaimana nak hilangkannya?”
Sebelum nak hilangkannya, anda perlu tahu puncanya dulu.
Bila dah tahu punca, maka mudah nak hilangkan.
Dehidrasi
Kurang air dalam badan atau pun dehidrasi adalah salah satu sebab muncul dark circle.
Selain kelihatan cepat letih, ia juga menunjukkan tanda-tanda lain seperti dark circle pada wajah, bibir kering dan mengelupas, serta kulit kelihatan jelas garis-garis halus akibat kurang lembapan!
Selain itu, air kencing berwarna lebih pekat serta gelap.
Berbeza dengan badan yang mempunyai cukup air, urin kelihatan lebih cair.
Keturunan
Faktor keturunan juga memainkan peranan penting dalam kemunculan lingkaran gelap bawah mata ni.
Hal ini berikutan dari lapisan kulit yang nipis di sekitar mata, menyebabkan ianya menjadi gelap dari biasa.
Maka jika kita mewarisi jenis kulit sebegini dari ibu bapa kita, maka begitu juga lah kemunculan dark circle!
Kurang tidur
Tidur yang berkualiti adalah sekitar 6-8 jam.
Namun begitu, sukar untuk kita mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti apabila menigkat dewasa.
Faktor berjaga malam disebabkan anak kecil asyik minta susu dan juga bekerja hingga lewat malam boleh menjejaskan waktu tidur kita.
Fakto kurang tidur inilah yang menjadikan dark circle lebih senang muncul pada kawasan mata kita.
Mata kelihatan lebih sembap, gelap dan agak lebam. Wajah juga kelihatan lebih berusia.
Kurang gizi dalam pemakanan
“You are what you eat.”
Pepatah mat saleh selalu cakap kan?
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk memberikan tenaga dan juga wajah yang sihat bermaya.
Kurangnya gizi daripada pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan akan menyebabkan kulit kelihatan kusam dan munculnya dark circle!
Banyakkan minum air kosong.
Makan sayur dan buah-buahan untuk memastikan kulit sentiasa terhidrat dan lembap.
Ok, yang terakhir…
Rokok
Selain untuk mengurangkan dark circle, rokok sememangnya harus dielakkan.
Bukan sahaja memberikan impak pada wajah, ianya juga memberikan kesan buruk kepada badan terutama jantung dan paru-paru.