Aduh! jerawat datang lagi !!
Masalah jerawat memang sangat sangat menyedihkan , terutama bagi kalangan wanita. Betul tak? Rasa tak konfiden, malu, rimas, dan macam macam lagi lah!
Nak mekap pun tak de mood sebab nak kena mekap tebal tebal untuk cover semua jerawat tu. Itu pun kalau boleh cover.
Bila tengah hari, kulit jadi sangat berminyak pula. Salah pakai produk, naik jerawat, tukar produk lain, jerawat lagi. Kadang-kadang dah rasa macam tak ada harapan,kan? Fira sangat faham masalah jerawat ni, sebab dulu Fira pun alami masalah yang sama.
Jerawat ni apa sebenarnya?
Bagaimana terhasilnya jerawat pada wajah kita? Apa kata kita kenali dulu macam mana jerawat terhasil, serta faktor faktor penyumbang kepada jerawat ni. Lepas tu, baru lah kita akan lebih arif tentang cara penjagaan yang sepatutnya!
Punca kulit kerap dinaiki jerawat adalah kerana pelbagai faktor. Mari kita ketahui apa penyebab-penyebab utama jerawat suka sangat singgah di muka ni –
Hormon
Hormon merupakan salah satu faktor utama, wajah ditumbuhi jerawat. Kulit berminyak biasanya dikaitkan dengan peningkatan hormon testosteron yang menyebakan pertumbuhan jerawat.
Bagi wanita pula disebabkan tingginya kadar progesteron sebelum menstruasi dan naiknya kadar testosterone menjelang menstruasi akan mengaktifkan kelenjar minyak dan menyebabkan pori kulit tersumbat, dan bagi wanita, kedatangan haid atau period sebulan sekali adalah faktor utama penyumbang kepada jerawat.
Selain perubahan hormon disebab kan period, hormon juga akan terganggu atau menjadi tidak stabil, sekiranya kita ada mengambil supplimen atau ubat ubatan dari farmasi atau atas saranan doktor.
Kandungan atau paras hormon yang terganggu akibat ubat ubatan ini, akan mempengaruhi wajah untuk lebih senang ditumbuhi jerawat.
Ada juga yang jerawat naik aktif ketika mengandung, ya! Hal ini kerana hormon orang mengandung ni juga, tak stabil.
Jadi faktor -faktor seperti wajah menjadi kusam, jerawat, dan juga menjadi terlalu kering ketika mengandung, itu biasa.
Tidak mencuci mekap dengan bersih
Bagi mereka yang bermekap, sangatlah penting untuk mencuci mekap dengan betul, kerana kulit tidak dapat bernafas dengan baik semasa bermekap.
Jadi cuci dengan menggunakan make up remover yang betul adalah amat digalakkan. Juga jangan lupa gunakan mekap yang bersifat non comedogenic, supaya pori tidak tersekat walaupun bermekap.
Pori wajah yang masih berbaki sisa mekap, akan menjadi tersumbat apabila bercampur dengan lebihan kelenjar peluh, dan terhasillah jerawat !
Faktor pemakanan
Bagi mereka yang memiliki allergic atau kulit sensitif, jerawat akan mudah tercetus sekirana ‘salah makan’.
Terdapat beberapa jenis makanan yang mungkin memberi kesan kepada mereka yang memang cepat naik alahan pada kulit, contoh nya seafood. Makanan seperti seafood sememangnya akan trigger jerawat.
Tetapi, sekiranya kita menggunakan produk penjagaan wajah yang betul dan sesuai dengan kulit wajah kita, inshaAllah masalah ini akan diselesaikan.
Jari kotor (kurang penjagaan kebersihan)
Kerap menyentuh muka dengan menggunakan jari juga salah satu faktor kulit akan naik jerawat.
Jari kita sebenarnya terdapat pelbagai kotoran dan kuman, yang mana jika kita menyentuh wajah dengan jari yang tidak bersih atau dibasuh terlebih dahulu, ianya juga menjadi faktor tumbuh jerawat!
Tidak semua orang kerap ditumbuhi jerawat sekiranya menyentuh muka dengan jari, tetapi bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, ianya patut dielakkan.
Mulalah mencuci muka dengan menggunakan berus muka, kerana ianya lebih bersih, dan juga kuasa cucian 85% lebih bersih dari gunakan jari.
Selepas mencuci muka, lap kan wajah dengan menggunakan tuala yang bersih. Jangan gunakan tuala yang sama dengan lap badan, sebab kita tak tahu tahap kebersihan tuala mandi kita tu kan?
Penggunaan produk penjagaan wajah yang tidak sesuai
Haaaaa sememang nya penggunaan produk yang salah, akan menyebabkan masalah kulit kita tak selesai!
Mereka yang mengalami masalah kulit berminyak dan jerawat, tidak akan sama dengan mereka yg berkulit normal, atau kerinh. Pemilihan produk yang diperlukan juga adalah berbeza.
Mari Fira share, produk apa yang terbaik dari MaryKay untuk mereka yang mengalami masalah jerawat serius dan kulit muka berminyak.
Produk Clearproof Acne Set dari Mary Kay untuk masalah jerawat dan kulit muka berminyak!
Okay sekarang Fira nak share sikit, apa produk yang memang terlajak laris dari Mary Kay pada masa kini! Khas untuk kulit berjerawat dan berminyak sahaja taw.
Satu set Clearpoof Acne mengandungi Cleanser, Moisturizer, Toner, Pore Serum, Mask Arang dan juga Acne Spot Solution.
Untuk kesan maksimum, pengguna sangat digalakkan untuk mengambil one set tetapi sekiranya kurang bajet, boleh ambil set basic dahulu seperti, Cleanser, Pore Serum dan Acne Spot Solution.
Okay mari kita tengok apa yang terdapat dalam satu set Clearproof Acne Set;
Cleanser
Membersihkan wajah dari kotoran dan daki, serta membuang minyak berlebihan di wajah
Oil Free Moisturizer
Mengekalkan lembapan dan mengawal minyak pada wajah
Pore Purifying Serum
Memastikan liang pori sentiasa bersih dan membersihkan pori wajah
Acne Spot Solution
Mengecutkan jerawat sedia ada
Blemish Control Toner
Membersih kali kedua selepas mencuci wajah dan menyegarkan wajah
Charcoal mask
Umpama magnet yang akan menarik minyak berlebihan pada wajah
Penggunaan Clearproof secara konsisten mampu memberi kesan pada wajah seawal 7 hari! Jom kita layan testimonihebat kesemua pengguna Clearproof Acne mary kay !
Walau pun Fira bukan mempunyai masalah kulit jerawat, namun Fira sangat suka degan Charcoal Mask ! memang tak miss pakai. Kulit rasa sangat bersih dan segar lepas bermasker. Fira suka!