Penuaan merupakan perkara yang sangat menghantui wanita. Semakin meningkat
usia, semakin jelas tanda tanda penuaan.
Penuaan merupakan proses dalam kehidupan yang memang semua orang akan alami.
Tapi kita boleh jaga kulit kita dari penuaan. Bila kita jaga wajah, kulit kita nampak lebih muda.
Apakah antara tanda-tanda penuaan?
Tanda tanda penuaan adalah seperti garis garis halus, kedutan, kulit kusam, tompok-tompok
gelap dan jeragat. Kulit juga kian kering dari hari ke hari.
Kelembapan kulit sudah tidak seperti zaman muda dahulu.
Kulit yang kering lebih mudah menampakkan garis garis halus, kedutan dan juga jeragat, berbanding kulit yang lembap.
Apabila tanda tanda penuaan ini dah semakin ketara, susah nak hilangkan.
Mungkin sekadar mampu pudarkan, tapi untuk hilang sepenuhnya?
Ianya agak mustahil. Sebab tu sangat sangat penting untuk jaga wajah dari usia muda supaya kita tak terlambat.
Kita mula mengalami penuaan sekitar purata usia 23-25 tahun. Ada 2 jenis penuaan iaitu;
Intrinsic Aging –
Disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dikawal tetapi boleh dilambatkan seperti faktor genetik, hormon, natural aging.
Extirinsic Aging –
Disebabkan faktor luaran yang dapat dikawal oleh sinaran UV yang akan terus menembusi kulit seperti pencemaran seperti asap dan lifestyle. Ianya seperti tabiat pemakanan, stress, kurang tidur yang secukupnya.
Tahukah anda?
20% tanda penuaan berpunca daripada proses penuaan kulit itu sendiri.
80% tanda penuaan adalah berpunca daripada faktor luaran contoh pencemaran, sinaran cahaya matahari, persekitaran dan lifestyle kita.
Jadi, Mary Kay sangat memahami keperluan kulit wanita, maka Mary Kay sangat terkenal dengan produk anti-aging dan juga antara Best Seller dalam kalangan produk Mary Kay, iaitu Timewise Miracle!
Jom Fira kupas apa kandungan hebat Timewise 3D ni yang menjadikan ianya sangat hebat dalam menentang penuaan.
Nak tahu tak?
Mary Kay telah membuat kajian selama 4 tahun, sebelum mengeluarkan Timewise 3D ni.
Dan ianya telah diuji kepada seramai 5,000 wanita. Akhirnya Timewise 3D telah pun dikeluarkan!
Setelah 150 formula diuji dan dikaji, Timewise 3D yang dikeluarkan ini adalah formula yang terbaik.
Timewise 3D ini memfokuskan tiga fungsi utama – Defends, delays and delivers!
- Defends – Mempertahankan kulit dari free radicals (radikal bebas).
- Delays – Melambatkan aging signs
- Delivers – Menyampaikan result dalam masa 4 minggu sahaja!
Timewise 3D mengandungi 3 bahan utama atau pun powerhouse ingredients yang menjadikan ianya sangat hebat . mari kita lihat apa kah ketiga tiga bahan tersebut.
1. Encapsulated Resveratrol
Encapsulated bermaksud active ingredients dalam skincare kita tu dibalut dalam lapisan lipid dan air supaya dia lebih stabil ,maka ianya dapat masuk dan pecah dalam kulit kita supaya pemakaian lebih efektif.
Resveratrol pula adalah merupakan anti oksida yang paling bagus yang boleh disapu pada permukaan kulit kita. Dalam badan kita ada natural anti oksida tapi kita perlu kan lebih banyak untuk bantu kulit melawan radikal bebas.
Resveratrol ini diekstrak dari buah anggur dan Japanese knotweed, dimana kedua dua bahan ini akan bekerjasama dengan antioksida dalam kulit kita.
2. An Age-Defying Peptide
Diperbuat daripada Asid Amino yang akan menyokong elastin fibre dan juga kolagen di dalam kulit kita. Elastin dan kolagen ini ibarat spring dan span dalam tilam.
Hari ke hari tilam kita akan semakin kendur akibat dari fungsi spring dan span yang dah kian menurun.
Sama juga macam kulit kita, elastin dan peptide akan berkurang lama kelamaan, maka peptide ini yang akan support kulit kita dari kendur.
3. Vitamin B3
Adalah vitamin 2 in 1 sebagai agen pencerahan yang bertindak sebagai antioksida. Fungsinya adalah untuk melawan kedutan, sekatakan warna kulit dan menghalang jeragat dalam satu masa.Vitamin B3 juga dapat merawat jerawat dan kulit berminyak.
Timewise 3D ini didatangkan dalam 2 jenis formula iaitu :
- Normal to dry skin
- Combination to oily skin
Satu set Timewise 3D terdiri daripada :
Age Minimize 3D 4 in 1 Cleanser
- Membersihkan pori dan menanggalkan sel kulit mati.
- Membuang daki kotoran dan cela yang membuatkan kulit jadi kusam.
- Mencerahkan kulitÂ
Age Minimize 3D Day Cream SPF30 Sunscreen
- Mencergaskan sel kulit supaya ia sentiasa nampak glowing/ bersinar
- Melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB yang menyebabkan kulit kelihatan kusam dan gelap
- Memberi kelembapan pada kulit selama 12 jam
- Buatkan make up nampak cantik dan glowing
Age Minimize 3D Night Cream
- Mengurangkan garis halus dan kedutan
- Membantu keanjalan kulit dan menjadikan kulit sentiasa awet muda
- Memberi kelembapan kepada kulit selama 12 jam
- Mencerahkan kulit dan bantu pudarkan bintik bintik hitam seperti parut jerawat dan jeragat
Age Minimize Eye Cream
- Mengurangkan garis halus dan kedutan di sekeliling mata
- Mata akan nampak berseri seri dan bermaya
- Mengurangkan masalah lingkaran gelap dan sembap bawah mata
- Tiada lagi masalah mata kendur dan nampak tua!
Timewise 3D tahan dalam 4-5 bulan penggunaan , jadi ianya sangat sangat menjimatkan. Dan kalau anda lihat, dalam Timewise 3D ni hanya ada 4 item kan?
Tapi Softener dan Gel Mask sangat penting. Jadi tambahkanlah dalam penjagaan harian korang jugak ya!
Untuk kesan yang lebih pantas dan maksimum, Fira sangat galakkan korang tambah sekali Timewise Replenishing Serum C !
Toner, mask dan serum adalah salah satu item penjagaan wajah yang mustahak. Jangan skip ke semua step asas penjagaan kulit ni, kalau anda betul betul nak kulit sentiasa awet muda dan sihat.
Apa step asas tu? Cleanse, exfoliate, and moisturize dan protection. Ikuti post fira seterusnya kalau nak tahu detail tentang penjagaan asas kulit wajah.
Untuk pengetahuan Puan kulit saya jenis kering tetapi sy terbeli set combination to oily timewise..jadi blh ke sy terus guna..atau sy perlu tambah apa2 lg utk set kulit kering..
Assalammualaikum, info yg menarik, mohon izin share yer, thanks, faz doakan fira murah rezeki, bertambah sales dan semakin berjaya 😘