Produk Mary Kay bawah RM100? Ada ke? Haaaa ada tau, jangan tak tahu pulak, banyak je produk best seller Mary Kay tapi bawah RM100 je. Sangat mampu milik ya!
Mary Kay ni tak wajib pun beli satu set atau banyak-banyak.
Nak beli secara loose pun boleh, no problem.
Yang penting bagi tahulah pada beauty consultant tentang berapa bajet anda, senang mereka nak adjust mengikut keperluan nanti .
Tapi kalau bajet anda bawah RM100 pun boleh. Banyak produk Mary Kay bawah RM100 yang boleh korang grab, jom kita tengok apakah produk tersebut ;
Produk Mary Kay Bawah RM100 Yang Popular
1. OIL FREE MAKE UP REMOVER (RM64)
Antara produk best seller di pasaran Mary Kay dunia. Oil Free Make Up Remover sangat laku keras dan mempunyai demand yang sangat tinggi.
Mempunyai kandungan mineral dan air yang tinggi, make up remover Mary Kay memang tak sama dengan brand lain.
Tak menjadikan wajah berminyak, atau melekit selepas cuci, make up remover ini mempunyai kandungan pelarut (solvent), yang mampu memerangkap minyak keluar dari wajah lalu meninggalkan wajah kekal lembap!
Hanya RM64 sahaja, korang mampu menjaga kulit wajah korang dengan lebih baik.
Yang penting, tahan sehingga 5-6 bulan, memang berbaloi sangat-sangat.
2. TIMEWISE FOUNDATION MATTE / LUMINUOUS (RM75)
Bersifat ‘non-comedogenic’ dan didatangkan dengan 2 jenis formula, adalah sebab kenapa korang patut gunakan foundation timewise Mary Kay ni! Apa tu non-comedogenic? Non comodegenic adalah bermaksud ‘tak sekat pori wajah’.
Setiap krim atau bedak asas mekap seharusnya bersifat non comedogenic, bagi mengekalkan kulit wajah kekal bernafas walaupun sedang bermekap.
Foundation Timewise terdapat dalam 2 formula iaitu;
- Luminuous (kulit normal/ kering) dan
- Matte (kulit berminyak/ kombinasi).
Pilih la formula yang terbaik menigkut jenis kulit anda, tetapi dapatkan konsultasi consultant dahulu ya.
Foundation ni sangat tahan lama, iaitu sehingga 6-7 bulan untuk penggunaan hari-hari, wow berbaloi kan? Hanya RM75 sahaja.
3. CC CREAM SPF15 (RM75)
Mempunyai 8 kebaikan dalam 1 tiub, memang CC Cream Mary Kay sangat Fira suka! Hari-hari pakai tak pernah tinggal, CC Cream ni beri efek flawless tau.
Kelebihan CC Cream Mary Kay:
- menutup cela
- sekatakan tona kulit
- mengandungi SPF 15
CC Cream ni antara best seller juga kerana ia boleh dijadikan sebagai bedak asas yang ada SPF. Double benefit tu…
Hanya RM75, tapi tahan sampai 6-7 bulan, memang berbaloi! Untuk kesan flawless yang maksimum, boleh gunakan bersama Mineral Powder Foundation Mary Kay, tetapi kalau nak pakai CC Cream saja pun boleh.
4. PRIMER FOUNDATION SPF15 (RM79)
Ahaaaa ini pun antara best seller kosmetik di Mary Kay!
Primer Foundation dengan kandungan SPF 15, perlu di gunakan sebelum korang apply foundation atau CC Cream. Fungsi primer ni adalah untuk samarkan ketaraan pori wajah, dan juga untuk create satu lapisan kanvas pada wajah, sebelum kita apply mekap.
Selain itu, primer juga bagi mekap tahan lebih lama pada wajah, dan elakkan wajah nampak berkilat, atau bercapuk.
Hanya RM79 sahaja, tapi tahan sampai 6-7 bulan, walaupun guna hari-hari.
5. TRANSLUCENT LOOSE POWDER (RM68)
Salah satu make up trick yang tak ramai tahu, adalah dengan menggunakan finishing powder atau pun di Mary Kay, Translucent Powder.
Bedak dengan butiran mutiara, yang berfungsi menjadikan wajah lebih glowing dan juga menjadikan mekap tahan lebih lama, semua wanita kena ada bedak ni.
Apply bedak ni selepas selesai mekap, tetapi sebelum Make Up Finishing Spray.
Korang akan nampak hasilnya, nanti macam mana ianya sangat membantu dalam menjadikan mekap korang lebih tahan lama, dan kekal on point walau pun berjam lamanya.
Hanya RM68, ianya tahan sehingga 4-5 bulan.
6. MAKE UP FINISHING SPRAY (RM79)
Nak mekap sentiasa segar? Dan juga nak wajah Nampak lembap sentiasa? Okay wajib guna Make Up Finishing Spray ni.
Spray pada bila-bila masa korang suka, ianya akan menjadikan wajah segar dan mekap tak bercapuk walau dah berjam lamanya.
Tapi yang paling penting, spray sebelum dan selepas mekap tau. Hasilnya lagi wow!!
Hanya RM 79, Spray ni perlu ada dalam handbag semua wanita cantik.
Diformulasikan bersama syarikat kosmetik jenama antarabangsa, Skandinavia, Make Up Finishing Spray ini pilihan para artis antarabangsa.
7. SATIN LIP SET (RM41)
Korang alami masalah bibir merekah? Bibir pecah? Bibir sensitif ?
Atau mungkin susah nak cari gincu yang sesuai kerana masalah bibir sensitif?
Sebab tu Mary Kay datangkan Satin Lip Set, iaitu set perawatan bibir yang terdiri daripada Lip Balm dan Lip Scrub!
Dengan harga RM41 je, setiap satu, Lip Scrub dan Lip Balm semestinya produk yang perlu ada oleh semua wanita yang nak bibir mungil dan pink.
Lip Scrub dengan kandungan shea butter, mampu mengurangkan masalah bibir pecah, merekah, dan gelap. Gunakan seminggu 2 kali, selama 15-20 minit, bibir anda mampu jadi cantik kembali.
Manakala Lip Balm pula tak kisah, nak pakai hari-hari lagi bagus, untuk kekalkan lembapan bibir.
8. LIPSTICK SEMI SHINE & SEMI MATTE (RM52)
Lipstick mampu milik dari Mary Kay! Hanya RM52 sahaja, lipstick semi shine dan semi matte, menjadi kegilaan semua wanita masa kini!
Semi matte dan semi shine lipstick diformulasikan dengan sunflower oil dan estrak jojoba, khas untuk melembapkan bibir.
And don’t worry, bibir korang tak akan rasa kering, sebab lipstick ni tak sama macam lip matte yang lain di pasaran. Ianya masih berasa moist dan bibir tak akan merekah atau pecah jika pakai terlalu lama.
Selain didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik, lipstick ni juga tahan lama, dan tidak pudar sangat walaupun selepas makan.
Cuci bibir anda dengan make up remover jika mahu solat ya. Konfirm senang tanggal.
9. BOTANICAL MASK (RM80)
Berfungsi menjadikan wajah lebih glowing semula jadi, mana tak best seller botanical mask ni!
Sangat hebat dalam membuang sel kulit mati pada wajah, ianya juga pilihan terbaik untuk pudarkan whiteheads dan black heads.
Botanical Mask seeloknya digunakan seminggu 2 kali, untuk hasil yang wow dan ianya sangat tahan lama iaitu sehingga 7-8 bulan bagi penggunaan yang average.
Parut jerawat, kusam dan tona kulit tak sekata juga dapat diselesaikan dengan penggunaan Botanical Mask, ini.
Penggunaan serum juga dapat dimaksimakan, sekiranya kita gunakan masker seminggu 2 kali pada wajah ya.
Kenapa skincare lambat berkesan pada muka, adalah kadang-kadang kerana wajah kita tidak di ‘exfoliate ‘ secukupnya.
Mencari the best exfoliation? Botanical mask jawapannya.
10. ACNE SPOT SOLUTION (RM61)
Rimas dengan jerawat yang bernanah? Merah-merah? Sakit?
Oh! Acne Spot kena ada dalam handbag korang. Acne Spot Solution sangat hebat dalam mengecutkan jerawat seawal 3 hari. Tetapi pastikan korang gunakan juga skincare asas yang lain seperti pencuci, pelembap, serum dan sebagainya.
Hanya RM61, Acne Spot ni perlu di dap kan saja di tempat jerawat yang sedang bernanah atau merah, dan biarkan saja. InsyaAllah korang bangun esok pagi, jerawat dah kecut tau.
Acne Spot Solution merupakan salah satu item dalam set Clearproof Acne yang hebat menentang jerawat. Jadi untuk kesan yang maksima, jangan lupa gunakan bersama item-item lain Clearproof set ya!
Produk Mary Kay Bawah RM100
Kesimpulannya, produk Mary Kay ni alah membeli menang memakai. Satu-satu produk yang kita beli boleh tahan berbulan-bulan. Jadi tak perlu beli setiap bulan. Kalau kita kira balik, sebenarnya anda boleh dapat produk bertataf antarabangsa pada harga yang lebih jimat dari jenama antarabangsa lain.
set cmni berapa harga
Utk jeragat dn liang pori ada tak??
Nk cuba powder